July 29, 2011

Jauh

KTM Kempas, Johor Bahru.

Sejauh mana pun, aku harus melangkah untuk sampai ke dunia baru

July 24, 2011

Zalikha & Leonie

Hey pips ! Malam sangat sejuk bila angin kuat dan hujan yang macam nak tak nak turun. OK sangat seronok sebab baru harini aku belajar untuk shoping secara online. (OK sangat ketinggalan zaman kan?) Nevermind. Yang penting shoping online sangat memudahkan aku. Sambil duduk minum kopi panas dan tak payah nak bersiapsiap pergi shopping pun, aku dah dapat shopping satu baju. Boleh lah. Untuk permulaan. Yup I hope it's a good starting. Bunyi macam nak beli lagi. Haha Addict. Yela sape tak suka kan. Tiba-tiba datang baju dekat rumah kita. Tanpa perlu bersusah payah. Homaigod. Tak sabar nak try baju tu ! ! Hehe.

Dan sambilsambil menunggu page bajubaju tu terbuka, aku sambilsambil membaca blog yang mungkin menjadi kegemaran aku buat masa ni (tak menang tangan nak klik new tab). Sebab blog ini sangat membuat aku rasa seperti 'Wahh !!..' dan aku rasa word tu tak lepas dari mulut atau hati kecil aku. Sebab memang menarik. Sangat menarik. Super duperb menarik ! ! Untuk aku la. Tapi aku rasa korang pun akan tertarik. 

Blog Zalikha, HERE. Bukan hanis zaliha k. Blog dia kisah hidup dia yang sangat mencabar. Pelajar seni bina dan suka mengembara dan suka ambil gambar dan gambargambar dia amik sangat cantik. Kalau korang kenal Aishah Amin, or tak tau la nama tapi mukamuka yang familiar. Yup dia lah yang berkawan-kawan dengan dia. Nak tahu banyak pasal dia. Go to her blog & stalk it out ! akan baca sampai tak kesudah.

Blog Leonie, HERE. Remaja berumur 18 tahun yang menghadapi lymphoma. Sejenis kanser darah. Yup perkara penting korang kena ada untuk membaca blog ni adalah KAMUS. Sebab dia menulis dengan Bahasa Inggeris yang sangat semacam. Hehe Maksud aku sepenuhnya English OK. Sama macam blog Zalikha gak. Fully English. Keluarkan Kamus anda. Best cerita blog dia. Dia sangat pandai menulis. Dan apa yang dia tulis bukan benda kosong. Menceritakan kisah hidup dia sepanjang dia menghadapi kanser. Dan aku membaca tulisan dia dengan sangat penuh rasa simpati dan berdoa supaya dia diberikan kekuatan dan peluang. Even dia bukan seagama dengan aku.

Yup, aku adore those people. Sangat best ! Sangat sangat best ! Dan teruskan membaca blog aku juga. Even tak selalu update :) Love you pips. See you soon. Muah !

July 18, 2011

Do you have your fav baju?

Hai dunia ! Semalam sangat excited bila aku sangat teruja melihat gaya pemakaian seorang student archi yang berusia 21 tahun. Di mana dia sangat nampak macam zaman-zaman mak ayah aku dulu. Hey, memang sekarang macam tu kan. I mean, semua suka old school punya barang. 60's look. And you should see Aishah Mokhtar. Here. Ow sebenarnya, ramai lagi yang menggila untuk memenuhkan wardrobe dengan gaya-gaya dahulu kala. Baju printed yang sangat epic dan warna-warna yang terang dan nampak mcm 'buruk' Yup buruk its actually the best word to used. :) Aku cuma macam memuja dan excited jela dengan gaya dia. To try it ?? Hmm aku prefer to be myself. Aku just respect dengan orang yang suka kan benda seni.

Dan sepanjang malam tu aku rasa aku bermimpi mendapat hadiah daripada dia. Dapat baju printed muka warna merah. kuning. hijau dan hitam dan aku sangat suka. Dan bila aku bangun. Sangat kecewa bila benda tu tak ada. Haha. Ingat macam deja vu. Erm dan pada detik tuh aku teringat akan satu baju aku yang aku beli ketika dulu. Dan baju tu baru sekali aku pakai. Dan bila aku cari dalam bakul. Baju tu tak ada. OH Sangat Sedih OK. Serius sedih. Sampai telefon akak aku menangis2. Hei sape tak sayang baju fav dia kan. Dan aku tak tahu macam mana baju tu dah hilang. Puas aku geledah sume tempat termasuk wardrobe mak aku. So aku merasa sangat kesal sampai aku rasa macam nak revenge dengan berpuluh-puluh helai baju baru. Ok. Sangat sedih. Wanita mana tak sayang baju kegemaran dia kan ??

Baju belang-belang tu ilang T_T.
Rindu !!

July 16, 2011

15 Syaaban 1432H

Aku berusia 22 tahun. Dan malam ni aku dah ganti 22 buku segala amalan dalam hidup aku. Dan rasanya sepanjang 22 tahun(tolak sebelum aku akil baligh) tu, tak banyak lagi amalan baik yang aku buat. Betul lah siapa yang kata, makin banyak kita belajar, makin banyak kita tak tahu. Sama jugak dengan hidup, makin lama kita hidup, sepatutnya makin banyak kita membuat amalan. Dunia sementara. Kadang-kadang aku kalah jugak. Tewas dengan godaan nafsu. Kadang-kadang rasa malu dengan diri sendiri. Rasa benci dengan sendiri. Rasa macam tak nk hidup dah. Konon nak taubat. Seketika rasa hina. Seketika rasa bangga. Neraka atau syurga. Manusia yang jahat boleh menjadi manusia baik yang paling terbaik.

Maha Pencipta berpesan supaya kita jangan berputus asa. Doa. Doa. Doa. Dan terus tawakal dalam usaha.
Hanya doa dan tawakal tanpa usaha. Sama juga macam kosong. Kosong. 
Hei manusia, cepat terpengaruh dan mudah tidak bersyukur. Allah. Hina nya hamba Mu ini.
Nisfu Syaaban. 

July 09, 2011

JOHO My Hometown ! !

Bila kita buat perkara-perkara yang baru dan semestinya yang sihat kita akan menjadi orang yang lebih terbuka dan positif. Yup, Malaysia perlu ramai orang yang lebih positif.

Johor tempat kelahiran aku. Tapi aku baru kenal dengan satu kelab ni (boleh la nak kata dia kelab) sebab organisasi ni selalu buat event dengan JB. Dengan memperkenalkan organisasi tersebut adalah untuk remaja tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak senonoh dengan melakukan perkara yang senonoh. Aku baru je nak ber enjoy dengan organisasi ni. Aku pernah pergi untuk event Car Boot Sale  (CBS) dorang. Memang sempoi & enjoy. Sebab korang bole beli barang vintage dengan harga yang berpatutan termasuk la baju, seluar & beg vintage yang menjadi pujaan remaja sekarang. Baru-baru ni dorang ada buat GEGO 2011. Banyak aktiviti yang dorang buat, tapi aku tak bole pergi. So check this out ! JOHO Kalau bukan orang johor pun korang boleh join If korang rasa Free .







So guys, lakukan aktiviti yang berfaedah dan sihat. Melihat dunia dari positif side, menjadikan kita lebih terbuka & negara pun aman. :) So, do the right things ! !

July 08, 2011

Don't be so SERIOUS

Untuk yang kedua kalinya, terasa nak menulis kembali blog. Yup. Blog dulu memang dah ramai kawan. Tapi terasa macam nak buat lain dan nak cerita pasal story lain. Ouh. Sebab dah jadi makin matang. Rasanya, perlu menulis dengan matang :) Tapi tak la sangat serius kan. Blog ini bukan untuk serious reader sebab aku tak kan tulis benda yang macam boleh buat dahi anda berkerut memanjang. Tak semua masalah perlu dijadikan bahan cerita kita sepanjang hari-hari kita hidup.

Jadi setulus hati mereka. Tapi bukan jadi budak kecik yang hanya bermain dengan emosi bukan akal.